Huawei Ascend Mate mempunyai skrin sebesar 6.1". Ia diperkasakan pemproses 1.5 Ghz Empat Teras, RAM 2 GB, muatan dalaman 8 GB, sokongan kad mikro SD dan kemera 8 megapixel. Telefon ini mempunyai bateri sebesar 4050 mAh yang mampu menghidupkan peranti ini selama 3 hari tanpa perlu dicas. Ianya dijual pada harga saranan RM 1599 sebuah.
Showing posts with label Info Dunia IT. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia IT. Show all posts
Wednesday, 3 July 2013
Monday, 1 July 2013
Canon Memperkenalkan DSLR EOS 70D
0
Untuk menjayakannya, EOS 70D menyertakan Dual Pixel CMOS AF, membolehkan pengguna memfokuskan kepada bukan sahaja video, tetapi juga gambar. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna merakamkan video dengan kualiti seumpama rakaman menggunakan camcorder. Jikalau dibandingkan dengan Live View AF daripada Canon sebelum ini, sistem baru ini dikatakan membawakan masa pemfokusan yang lebih pantas, disamping membolehkan rakaman video dilakukan dengan lebih kemas berbanding sebelumnya.
Pada masa yang sama, EOS 70D turut sama didatangkan dengan wireless transmitter terbina, membolehkan pengguna menghubungkan ia dengan beberapa peranti untuk berkongsi gambar dengan serta-merta. Untuk tujuan ini, Canon menyediakan aplikasi khas untuk pengguna Android dan juga iOS. Menggunakannya, selain berkongsi gambar, pengguna turut boleh mengawal beberapa perkara lain, termasuk shutter speed, ISO, aperture dan beberapa yang lain.
Dari segi prestasi, kamera EOS 70D ini membawakan sensor 20.2-megapixel APS-C Canon CMOS, pemprosesan gambar DIGIC 5+, serta ISO antara 100-12800 (boleh diperluaskan sehingga 25,600).
Canon EOS 70D ini dijangka akan mula dijual bermula bulan September kelak. Harga pasaran tempatan untuknya masih belum diketahui buat masa ini.
Sumber Rujukan: Canon
Labels:
Info Dunia IT
,
Info Teknologi
Alienware 14 & 17 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Setelah memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka di E3 pada awal minggu ini, pihak Alienware juga hari ini melancarkan secara rasmi komputer riba untuk gaming mereka di pasaran tempatan.
Untuk pasaran tempatan, dua komputer riba diperkenalkan, iaitu Alienware 14 dan juga Alienware 17. Seperti semua sedia maklum, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Haswell yang terbaru, disamping turut dilengkapi dengan kad grafik video NVIDIA GeForce.
Alienware 14, seperti pada namanya, membawakan skrin bersaiz 14.1-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Intel Core i7-4700MQ dengan kelajuan pemprosesan sehingga 2.4Hz, grafik NVIDIA GeForce GTX 765M dengan 2GB GDDR5, memori sehingga 8GB, dan juga ruangan storan 750GB HDD dan 64GB SSD.
Alienware 17 pula dilengkapi dengan cip pemprosesan sama, tetapi di Overclocked sehingga 4.0GHz, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 770M dengan 3GB GDDR5, memori sehingga 16GB, dan juga ruangan storan sehingga 750GB HDD dan 64GB SSD.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh membuat tempahan dan pembelian melalui laman rasmi Alienware, dimana Alienware 14 ditawarkan pada harga bermula RM4999, sementara Alienware 17 pula ditawarkan pada harga bermula RM6999.
Ia dikatakan Alienware 18 masih tidak dirancang untuk diperkenalkan untuk pasaran tempatan buat masa ini.

Image has been scaled down 17% (800x382). Click this bar to view original image (960x458). Click image to open in new window.
Ia dikatakan Alienware 18 masih tidak dirancang untuk diperkenalkan untuk pasaran tempatan buat masa ini.
Labels:
Info Dunia IT
,
Info Teknologi
Sunday, 30 June 2013
Cara Tukar Nama Facebook Selepas Limit (Trick Baru)
![[Image: change-facebook-name-after-limit.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhm0UACXb0rZgSXD7Zqwql5pGd5yJ9qqxmyeqB4xIwoHpYb89gXBnMvXxmYe90ElOuLPlsFQJG_MUk_aDM9tJymdYHCXwn5FEPUdpv1FkN8QSRk3c9LjEVYxL0kYp5LH4lIDYSQ7GadmUo/s320/change-facebook-name-after-limit.jpg)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ada yang tanya aku macam mana nak tukar nama facebook selepas habis limit.Jadi entry kali ini aku nak buat tutorial cara nak tukar nama selepas dah habis limit

Mungkin ada yang dah tau cara tukar nama sebelum ni iaitu yang menggunakan http://www.facebook.com/hacked.
Tapi trick ni dah tak boleh guna.Jadi entry ni aku nak share cara baru.100% work.
Tutorial ni aku dapat dari blog My Shares Are Here .Credit kepada beliau.
Ok jom mula~
1. Mula-mula buka link ni :
https://www.facebook.com/help/contact/?i...7802141709
2. Selepas tu isi semua kotak kosong tu.
Contoh :
First Name : Nama korang
Middle Name : Biarkan kosong
Last Name : Nama korang
Reason : Isi sebab korang nak tukar nama.Kena tulis dalam bahasa inggeris.Contoh "because this is my real name"
Dekat tempat upload tu korang upload profile picture korang.
Rujuk Gambar :
![[Image: nama.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRG9GPJso3j_JKeitmQ2TYdFBoeCEM_fhyphenhyphenGqsUcFzjrW01CmxLu1TP9lj8RjtL5FDe4U9yePWfz0lxxdgGFhOpphNUG628sWYdThMdLhMWMQNY3NzpJzNsA2XdT4U0AbrQbIiojMftv6k/s640/nama.jpg)
3. Lepas dah selesai semua tekan SEND.
Kemudia tunggu dalam 24 jam hingga 48 jam.
Konfirm BERJAYA!
Baiklah itu saja.harap korang boleh tukar nama korang.Share2 la tuto ni dengan kawan2 dan jangan lupa like fan page aku.hehe
Assalamualaikum~
Http://facebook.com/birandetu
Labels:
Info Dunia IT
,
Tutorial
,
Tutorial Komputer
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
![[Image: output4_01.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggABXY07ftKXNouXxqcEYeKsjDBOCMRRS6W9_JaHL7_uWzYB4ts1ud9GDA5ZNBW5dksl9o44JCcNHjvm1-QsAqVUIs9tFGw6sLBBjInuNx8YQJwzwisWyyBvgOzaCNjefHymWiOiQkA-Cc/s1600/output4_01.jpg)
![[Image: output4_04.jpg]](https://lh3.googleusercontent.com/-k9E5tGAfMdc/Uab_TZZTOQI/AAAAAAAAbxw/WmnjRaCpRlU/s0/output4_04.jpg)
![[Image: output4_02.jpg]](https://lh5.googleusercontent.com/--g7jwgI4c0Y/Uab_Tk1UfqI/AAAAAAAAbx4/sE64tnT4xuk/s0/output4_02.jpg)
![[Image: output4_05.jpg]](https://lh3.googleusercontent.com/-IMvhLLzubw8/Uab_UGZEraI/AAAAAAAAbyA/1i_IZHvoOpw/s0/output4_05.jpg)
![[Image: output4_03.jpg]](https://lh3.googleusercontent.com/-bIhmTzzINb0/Uab_UvPWdzI/AAAAAAAAbyI/pOr9HHkZhrs/s0/output4_03.jpg)
![[Image: output4_06.jpg]](https://lh4.googleusercontent.com/-avunx0VkjKM/Uab_U_H-xLI/AAAAAAAAbyQ/MsIlPT8NgHU/s0/output4_06.jpg)